Thursday 30 June 2011

masok poli balek....

salam... weehhuuu... mggu depan da stat masok poli....
emm... macam2 rase ade... takut, malas, ta suke...haha

takut? sebab.. nanti kene ade interview lepas LI.. dengar kate, lec sume strict... ade speaking2 lak tu... adeh... den ni da la ta reti na speaking... abes t terabur...kalo lagu2 tu tau la... sbb hafal.. haha silap2 aribulan... den g nyanyi kt depan dorg lak... haha na speaking punye pasal...

malas? mlas sebab... nanti kene wat assignment!! tu lagi la poning nanti... pastu t da stat pk2 wat produk baru.. cari group baru... macam2 la... nanti kelam kabut di buekk nyo...

ta suke? sbab hahha nanti kene bgn awal...... tade mase na lepak2 da... nanti busy je memanjang, ecece
padahal ade je mase lepak2 ni.... hehehe...


shh..>> bykkan lepak dari buat assignment yea... hahaha


nanti kite story2 lagi... bye ~~!

Saturday 25 June 2011

bang.. saya da berhenti couple tapi....

sumber : http://ms.langitilahi.com/perkongsian-bang-saya-dah-berhenti-couple-tapi%E2%80%A6/#more-1869
Artikel ni sangat menarik..Sila baca sampai habis yaaa!!! =)

Ada orang yang dah berhenti bercouple. Saya, secara peribadi mengucapkan tahniah. Bukan mudah hendak mengikut arahan Allah SWT dengan mengenepikan kehendak nafsu diri. Saya, amat respect dengan orang yang berjaya ini.

Saya ketahui, masa-masa indah semasa bercouple pastinya membaluti hari-hari selepas meninggalkannya.Dulu bergayut-gayut dekat telefon, sekarang dah tak. Dulu keluar makan tengok wayang sesama, sekarang dah tak. Dulu sms-sms, sekarang dah tak. Jadi, mesti rasa ada kekurangan.

Artikel ini, saya tulis khas untuk anda yang telah berjaya meninggalkan couple, tetapi terbalut dengan 1001 perasaan yang mungkin membuatkan anda ingin kembali kepada perbuatan itu.

Bukan mengharamkan cinta
Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.

Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.

Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. Tunjukkan keseriusan anda.
Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga.
 Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.

Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.

Rindu sangat

Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.

Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.

“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”

Aha… Best perasaan ni. 
Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.

Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.

Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.

Tak ada masalah.

Ingat Allah

Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.
Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.

Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?

Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?

“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”

Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?

Kena serius la


Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:

1. Serius nak dapat redha Allah.

2. Serius nak bercinta dengan betul.

3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.

4. Serius jaga maruah dan harga diri.

5. Serius segala perkara.

Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.

Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?

Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?

Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?

Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?

Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?


Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”

Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?

Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. Yang main-main, bye-bye la.

Penutup: Teruskan kejayaan anda

Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.

Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?


Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.

Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?

Aha…

Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.

Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.

Saturday 18 June 2011

EMAS KEEMPAT (Tidaklah sama wanita yg mukmin & wanita yg kafir)

Tiada sesuatu kegembiraan pun yang kekal bagimu
Dan tiada suatu kesedihan pun dapat mengembalikan kepadamu
Sesuatu yang telah hilang..

Sesungguhnya anda dapat berbahagia dengan melihat satu fenomena saja, iaitu keadaan wanita muslimah di negeri-negeri Islam dan keadaan wanita kafir di negeri-negeri kafir. Wanita muslimah di negeri-negeri Islam bebas beriman, berifaq, berpuasa, mendirikan solat, menutup aurat, taat kepada suaminya, takut kepada Tuhannya, baik kepada tetangganya dan berkasih-sayang terhadap anak-anaknya. Alangkah berbahagianya dia dan baginya adalah ketenangan, keredhaan dan pahala yang besar dariNya.

Sedangkan wanita di negeri kafir, suka mempamerkan kecantikannya, jahiliyyah, naïf, suka mempamerkan pakaian bagaikan barang yang tidak laku lagi murahan, yang dijajakan di kebanyakan tempat, tidak bernilai sama sekali, tanpa mempunyai kehormatan dan tidak mempunyai agama.

Jadi, bandingkanlah antara kedua fenomena dan gambaran tersebut, nescaya anda akan merasakan bahawan anda adalah wanita yang paling bahagia, paling tinggi darjatnya dan paling terhormat kedudukannya. Alhamdulillah.

Firman Allah S.W.T :

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
(Surah Ali-Imran : Ayat 139)


Bekalan :
semua orang, baik yang memiliki istana mahupun yang memiliki rumah sederhana,
pasti menjalani kehidupannya, tetapi siapakah yang benar-benar meraih kebahagiaan dalam hidup?

Thursday 16 June 2011

uittt lamenye...

hye... lamenye da ta update blog haku ni.... adoii... almaklum la... bzy memanjang... ececeh...
emm kali ni na cakap sal ape??
ok2... ari ni na cakap sal  mama... heee... ari tu la, mama..... adoi... tangan mama luka... kne kt pergelangan tangan.. adeh... serius takot....
ble mama pgl haku, perghh haku lagi la takot tgk darah... then, haku lak rase na pitam... seb bek leh kawal lagi.... sblm tu ta rase lagi na pitam, cepat2 haku bwk kan first aid tuk mama... kua kan ape yg patut....
pastu... baru la aku ckp kt mama, aku rase cam len macam...
na pitam... mate pon da ta nampak ape2 da.... gelap je.... sian mama sorg2 kt dapur mengelap darah..
haku ta leh na wat pape, haku terus jalan pelan2 g kat kerusi.... on kipas laju2... haku pejam mate aku.... mmg ta tedaye la....
gare2 tengok luka n darah menitik2.. perghhh geli seyhhh.... kalo tgk kt tb tape la jugak... tgk csi ke... ape2 cite ke... ni depan2 mate... mau ta nye... errgghhh..... ari tu jugak cadang na g jumpe mbr kt poli.. amek dokumen... tp ta jadi... naseb baik... agpun bapak die lak jatuh moto.... adoi.. macam2 kalo bende na berlaku kejap je...