Tuesday 24 May 2011

REPORT OH REPORT..~~!

Bile aku na stat wat report ni…
Adoii malas ya amat….!!
SEBAB -SEBAB TERGENDALA :>>
Banyak gangguan anasir-anasir yg ta sepatutnye

1)   Pale masuk air

2)   Tade idea na isi ape lam report tu

3)   Blurr sentiase…

4)  Makin mengantuk bile wat…

5)   Bosan

6)  Otak rase cm na pecah

7)  Malas na fikir

8)   Tu semua membuatkan aku rase na tido je….huhu

Da la awal bulan JULY ni aku bzy…
Macam2 nak kene wat… ngn dak2 semester 1 lagi na kene uruskan… adoi… penat la aku seminggu tu…

Monday 16 May 2011

Emas Ketiga (Cukuplah Kemuliaan Anda Dengan Menjadi Seorang Muslimah)

Jangan kau putus asa
kerana tidak melihat jalan keluar
kalau begitu, di manakah Allah dan takdirNya?

          Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan Allah, merupakan penebus dosa anda atas izinNya. Bergembiralah dengan khabar yang terdapat dalam hadis ini.

       Rasulullah S.A.W. bersabda :
       Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat, lima waktunya dan memelihara kehormatannya, nescaya dia akan memasuki syurga Tuhannya. (hadis riwayat Ahmad)


          Semua itu adalah perkara yang mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah. Oleh itu saudariku, laksanakanlah amalan-amalan yang agung tersebut, agar engkau dapat menemui Tuhan Yang Maha Pengasih; berjalanlah sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah NabiNya, nescaya engkau akan menjadi seorang muslimah sejati.


          Semua perkara ini merupakan kemuliaan yang agung dan kebanggaan yang besar bagi anda. Kerana selain anda, ada wanita yang dilahirkan di negeri-negeri kafir iaitu negeri Nasrani, Yahudi, komunis ataupun agama dan ideology lain yang bertentangan dengan islam. Sedangkan anda, dipilih oleh Allah untuk menjadi muslimah sejati dan Dia akan memasukkan anda ke dalam golongan umat Muhammad S.A.W. Anda juga termasuk orang yang mengikut jejak Aisyah, Khadijah dan Fatimah – semoga Allah meredhai mereka semua.


          Kami sampaikan ucapan selamat buat anda kerana anda adlah wanita yang solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menunaikan haji di Baitullah dan memakai hijab yang diperintahkan oleh agama. Ucapan selamat buat anda, kerana anda redha Allah sebagai tuhan yang disembah, islam sebagai agama yang dilanuti dan Muhammad S.A.W sebagai rasul yang diikuti.


Bekalan
Bukan emas pertama yang mempercantikkan anda,
Melainkan yang mempercantikkan anda adalah akhlak anda
dan kekayaan anda adalah etika anda.

Thursday 5 May 2011

Emas Kedua (Anda mempunyai segundang nikmat)

Kelembutan Allah betapa pun lama masanya 
terasa bagaikam kerdipan mata 
bila mata termejam

          Saudariku, sesungguhnya sesudah kesulitan itu, pasti ada kemudahan. Setelah titisan air mata pasti ada senyuman dan setelah malam pasti akan datang siang. Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah.

          Ketahuilah, bahawa sensungguhnya engkau diganjari pahala. Jika engkau seorang ibu, anak-anakmu akan menjadi penyokong islam, pelayan dan penolong agama, jika engkau mampu mendidik mereka dengan pendidikan yang benar. mereka akan berdoa untukmu dalam sujud dan dalam malam-malam ibadah mereka. Sungguh suatu nikmat yang luar biasa menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang dan kelembutan. Dan cukuplah bagimu untuk merasa mulia dan bahagia bahawa ibu Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang ibu yang menghadiahkan bagi seluruh manusia seorang pemimpin angung dan Rasul yang mulia.

Dan puteri Wahab telah menghadiahkan kepada umat manusia
"Tangan Putih" (Nabi Muhammad S.A.W) yang merangkul bahu semua manusia.

          Saudariku, sebenarnya anda mampu menjadi da'iyah (penyeru kebaikan) di kalangan perempuan di negeri anda. Serulah mereka dengan kalimat yang benar, nasihat yang baik dan peuh hikmah. Ajaklah mereka untuk berdialog dan berbincang. Tunjukkan pada mereka sekap yang bersahabat. Dan terakhir, bimbinglah mereka menuju risalah Allah dan RasulNya yang mulia. Sesungguhnya, manita dengan perilakunya yang soleh dapat melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan cara berkhutbah, berpidato atau mengikuti pembelajaran.

          Betapa banyak wanita selalu tetap dikenang, kerana menjadi rujukan dalam agama, rasa malu, hijab, akhlak yang baik, baik pada tetangga dan taat pada suami. Kisah hidupnya yang harum akan terus diceritakan oleh kebanyakan orang, dijadikan nasihat di majlis-majlis dan ikutan yang selalu ingin ditiru oleh kaumnya.


Bekalan
Esok akan merekah bunga yang harum baunya
mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati.

Monday 2 May 2011

Emas Pertama (Wanita Yg Melawan Penindasan)

Apa yang berlalu biarlah berlaku,
cita-cita adalah harapan yang belum pasti,
dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani.

Perhatikanlah nas-nas syari'at yang terkandung dalam Al-Quran da As-Sunnah. Sesungguhnya Allah telah memuji seorang wanita solehah dan mukminah.

"Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang mukmin (berhubung rapat dengan orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu : Perihal isteri Firaun, ketika dia berkata: Wahai Tuhanku, Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim.” (surah At-Tahrim:ayat 11)


          Jadi, renungkanlah kenapa Allah menjadikan wanita iini (Aisyah R.A) sebagai contoh atau ikutan bagi orang mukmin atau mukminah? Kenapa Allah menjadikannya sebagai model dan fenomena yang jelas bagi mereka yang ingin mendapatkan hidayah dan melaksanakan sunnah Allah dan RasulNya dalam kehidupan?

          Alangkah cerdas dan pintarnya wanita ini, kerana ternyata dia memilih tinggi di sisi Tuhannya Yang Maha Mulia dan lebih mengutamakan berdamping (dengan Allah) daripada menempati tempat tinggalnya. Untuk itu, ia rela membangkang terhadap ketaatan kepada suaminya, Fir'aun yang berdosa, melmapaui batas, lagi kafir. Dia menolak hidup di dalam istananya yang mewah penuh dengan perhiasan duniawi dan keperluannya. Dia lebih memilih tempat tinggal yang lebih kekal, lebih indah dan lebih cantik di sisi Tuhannya yang menguasai semesta alam, di dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, di tempat yang telah dijanjikan di sisi Tuhan Yang Maha Kuasa.

          Sesungguhnya dia adalah wanita yang angung, di mana keteguhan dan kejujurannya telah mendorongnya untuk menyeru secara terang-terangan kepada suaminya - seorang diktator zalim - dengan kalimah kebenaran dan keimanan. Maka akhirnya, dia pun diseksa kerana mempertahankan keimanannya itu. Kemudian Allah menjadikannya sebagai wanita teladan bagi setiap mukminah hingga hari kiamat. Allah juga mencatat dan memuji namanya dalam Al-Quran, serta menyanjung perbuatannya dan menghinakan suaminya yang telah menyimpang dari jalan Allah S.W.T..



Bekalan
Disana ada suatu tempat di barisan terdepan tetapi menuntut anda untuk menambah peningkatan dan kesempurnaan dalam setiap perkara yang anda amalkan.